penyucian minda

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah EMASdan PERAK [untuk digunakan]. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. digunakan]. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Sunday, October 17, 2010

cincin untuk dijual











saya ada 3 bentuk cincin untuk tatapan peminat cincin perak..dua bentuk cincin permata delima asli burma cindai dan sebentuk lagi permata zamrud..cincin2 ini adalah koleksi saya sendiri..sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk perbincangan harga...

Wednesday, March 10, 2010

koleksi emas pertama

assalamualaikum...inilah koleksi emas pertama ambo...1 dinar muslim keluaran nubex...beli pada bulan januari 2010 pada harga RM 540...dinar ini berketulenan 916 dan berat 4.25 gram...ambo beli daripada en mohd naser daripada JE...cantik dinar ni...

Friday, March 5, 2010

rantai tangan 916 baru rm 130/g


salam kepada sahabat dan peminat barang kemas.saya ada dua utas rantai tangan baru 916 dengan berat 9.91g dan 10.48g untuk menjadi milik sesiapa sahaja yang bertuah..harga jualan tidak lah mahal, cuma rm 130/g tanpa kos upah..harga boleh discuss lagi,tapi x boleh publish kat sini.secret..hehe..untuk lebih lanjut,hubungi saya..

Thursday, March 4, 2010

Simpanan emas menjamin masa depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta emas,peminat emas,pembekal emas, peniaga emas,pembeli emas dan apa sahaja yang berkaitan dengan emas.

Apa yang dimaksudkan dengan emas menjamin masa depan??

Simpanan emas bukan hanya terhad pada hari ini atau esok,bahkan emas sentiasa bernilai untuk selama-lamanya insyaALLAH.nilai emas sentiasa diunjurkan menaik setiap tahun dan jarang sekali kita mendengar harga emas jatuh merudum di pasaran, tidak seperti saham atau matawang yang susut nilainya. sebagai contoh: dulu kita boleh membeli sebungkus nasi lemak dengan harga 50 sen,tapi sekarang untuk mendapat nasi lemak yang sama, kita memerlukan wang RM 1. Tidak adiI bukan?lain pula dengan emas, jika hari ini kita beli kambing dengan satu dinar emas, mungkin suatu hari nanti kita dapat gunakan satu dinar kita untuk membeli seekor lembu. Siapa tahu kan…Dengan kata lain, nilai emas tidak pernah susut.ini kerana Harga emas ditetapkan oleh undang-undang bekalan dan permintaan terhadap emas yang sentiasa melampaui bekalan pada setiap tahun ini ditambah pula dengan Kemerosotan nilai wang Amerika yang secara langsung mempengaruhi peningkatan harga emas di pasaran. Berikut saya sertakan sedikit analisa yang dipetik dari dinarkedah.blogspot.com.

· Pada bulan Mac 2008, emas mencapai harga sebanyak US$1,000 / auns buat kali pertama dalam sejarah. Dalam hanya dua setengah bulan yang pertama pada tahun 2008, emas telah meningkat sebanyak 23%. Pada masa yang sama, bursa-bursa saham di seluruh dunia telah mengalami kerugian diantara 10% hingga 35%.

· Harga emas biasanya dijanka menaik semasa ekonomi mengalami kemelesetan. Jika emas dibeli pada bulan Januari 2001, maka emas itu akan meningkat sebanyak 274% pada bulan Mac 2008.

· Tahun 2001 dan tahun 2007, apabila harga saham naik sebanyak 19%, harga emas pula naik sebanyak 204%.

· Tahun 2008, apabila harga saham turun sebanyak 13%, harga emas pula naik sebanyak 23%.

· Tahun 2002 dan tahun 2008, apabila matawang USD mengalami kerugian sebanyak 27%, harga emas pula naik sebanyak 271%.

Emas juga boleh digadai dan dijual jika anda terdesak memerlukan wang segera.nilainya insyaALLAH tidak akan susut bahkan anda pasti tersenyum lebar kerana harga yang ditawarkan untuk emas anda sangatlah tinggi…satu lagi, emas tidak dipengaruhi oleh inflasi ekonomi, tidak seperti wang anda.bayangkan emas anda masih bernilai sama seperti dulu(atau lebih tinggi nilainya) walaupun inflasi ketika itu meningkat 10 kali ganda.pada ketika itu adakah anda masih memilih 100g emas atau 100 ribu wang?tanya lah diri anda..

Emas anda sentiasa diperakui nilainya setiap masa dan ketika, tidak kira lah pada waktu ekonomi negara stabil ke,berlaku bencana ke, atau apa saja keadaan, nilai emas tetap maintain kukuh. Bayangkan pada waktu ekonomi sesebuah Negara tengah stabil, nilai matawang mereka kukuh,rakyat Negara tersebut berebut-rebut mendapatkan wang, tapi bila berlaku bencana,apa yang lebih bernilai pada pandangan mata?emas bukan?aduh, menyesal tak beli emas masa ada duit ari tu…

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI SEBAHAGIAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN ANDA ???

NO

EMAS

NO

WANG KERTAS

01

BERNILAI kerana ia logam dan disebut di dalam al – Quran.

01

DIPERNILAI kerana ia kertas yang di cop sahaja.

02

Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi SAW, harga seekor kambing adalah 1 dinar. Pada zaman sekarang pun masih satu dinar seekor.

1 dinar sekarang adalah lebih kurang

RM 550.00 ( 1 dinar = 4.25gram)

02

Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu contohnya, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM 35.00. Dulu nilainya lebih tinggi. Dan duit ringgit pun akan begitu juga.

03

Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas Negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana Negara mereka itu kacau bilau.

03

Laku pada waktu aman sahaja. Contoh depan mata ialah Iraq, di mana selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut terus tiada nilai. Fikir – fikirlah akan duit kita pula. Kalau duit kertas kita bawa ke Vietnam, Thailand atau Singapura, laku ke ?

04

Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar sahaja tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 25 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.

04

Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang sahaja.

05

Kebanyakkan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipu daya wang kertas ini. Seperti kata mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir agar kita melaksanakan dinar.

05

Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM 100.00 – RM 200.00. Jangan malukan diri anda lagi.

06

Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas. Kerajaan China mengarahkan rakyatnya menyimpan emas 5% dari pendapatan bulanan.

06

Amerika Negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terjejas. Dah terjadi pun, banyak bank2 diselamatkan oleh kerajaan mereka akibat sistem ini.

07

Peningkatan purata 20% setahun tanpa susut nilai. Bezakan harga emas masa anda kahwin dahulu dengan harga sekarang.

07

Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun…rugi 30%. Tapi ramai tak nampak…yang kita nampak kertas aku makin banyak.

08

Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga. Di dalam al – Quran ada banyak disebut tentang emas. Ahli Syurga pun Allah menjanjikan Emas.

08

Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Nilai RM 100,000.boleh jadi RM 10,000.00 bila nilai 1 kosong dibelakang dibuang. Wang kertas adalah idea yahudi yang ingin menghancurkan sistem ekonomi Islam