penyucian minda

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah EMASdan PERAK [untuk digunakan]. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. digunakan]. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Thursday, March 4, 2010

Simpanan emas menjamin masa depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta emas,peminat emas,pembekal emas, peniaga emas,pembeli emas dan apa sahaja yang berkaitan dengan emas.

Apa yang dimaksudkan dengan emas menjamin masa depan??

Simpanan emas bukan hanya terhad pada hari ini atau esok,bahkan emas sentiasa bernilai untuk selama-lamanya insyaALLAH.nilai emas sentiasa diunjurkan menaik setiap tahun dan jarang sekali kita mendengar harga emas jatuh merudum di pasaran, tidak seperti saham atau matawang yang susut nilainya. sebagai contoh: dulu kita boleh membeli sebungkus nasi lemak dengan harga 50 sen,tapi sekarang untuk mendapat nasi lemak yang sama, kita memerlukan wang RM 1. Tidak adiI bukan?lain pula dengan emas, jika hari ini kita beli kambing dengan satu dinar emas, mungkin suatu hari nanti kita dapat gunakan satu dinar kita untuk membeli seekor lembu. Siapa tahu kan…Dengan kata lain, nilai emas tidak pernah susut.ini kerana Harga emas ditetapkan oleh undang-undang bekalan dan permintaan terhadap emas yang sentiasa melampaui bekalan pada setiap tahun ini ditambah pula dengan Kemerosotan nilai wang Amerika yang secara langsung mempengaruhi peningkatan harga emas di pasaran. Berikut saya sertakan sedikit analisa yang dipetik dari dinarkedah.blogspot.com.

· Pada bulan Mac 2008, emas mencapai harga sebanyak US$1,000 / auns buat kali pertama dalam sejarah. Dalam hanya dua setengah bulan yang pertama pada tahun 2008, emas telah meningkat sebanyak 23%. Pada masa yang sama, bursa-bursa saham di seluruh dunia telah mengalami kerugian diantara 10% hingga 35%.

· Harga emas biasanya dijanka menaik semasa ekonomi mengalami kemelesetan. Jika emas dibeli pada bulan Januari 2001, maka emas itu akan meningkat sebanyak 274% pada bulan Mac 2008.

· Tahun 2001 dan tahun 2007, apabila harga saham naik sebanyak 19%, harga emas pula naik sebanyak 204%.

· Tahun 2008, apabila harga saham turun sebanyak 13%, harga emas pula naik sebanyak 23%.

· Tahun 2002 dan tahun 2008, apabila matawang USD mengalami kerugian sebanyak 27%, harga emas pula naik sebanyak 271%.

Emas juga boleh digadai dan dijual jika anda terdesak memerlukan wang segera.nilainya insyaALLAH tidak akan susut bahkan anda pasti tersenyum lebar kerana harga yang ditawarkan untuk emas anda sangatlah tinggi…satu lagi, emas tidak dipengaruhi oleh inflasi ekonomi, tidak seperti wang anda.bayangkan emas anda masih bernilai sama seperti dulu(atau lebih tinggi nilainya) walaupun inflasi ketika itu meningkat 10 kali ganda.pada ketika itu adakah anda masih memilih 100g emas atau 100 ribu wang?tanya lah diri anda..

Emas anda sentiasa diperakui nilainya setiap masa dan ketika, tidak kira lah pada waktu ekonomi negara stabil ke,berlaku bencana ke, atau apa saja keadaan, nilai emas tetap maintain kukuh. Bayangkan pada waktu ekonomi sesebuah Negara tengah stabil, nilai matawang mereka kukuh,rakyat Negara tersebut berebut-rebut mendapatkan wang, tapi bila berlaku bencana,apa yang lebih bernilai pada pandangan mata?emas bukan?aduh, menyesal tak beli emas masa ada duit ari tu…

No comments:

Post a Comment